Langit tidak sentiasa cerah kala mendung menutupi langitku, mentari hidupnya sangat benderang,aku teraba dalam kabut mencarinya, dia meniti alam bahagia,aku terkapai dalam gulita mengharapkannya,
Dia dikelilingi neon warna warni,akupun terduduk sayu dalam sabar,waktu duka yang menebarkan sayap derita masih menanti huluran tangannya memberi kekuatan,menghulur sedikit sinar,sedang dia dihasut nestapa..
kononnya aku cemburu hidup bahagianya,padahal saat ini nafaspun tak mampu kuhela lagi,
dia pernah berkata “Akan Ku Jaga Perasaan Mu Akhi”
Kala itu Aku sangat bodoh kerana terlalu percaya,aku bahagia dengan bahagiamu,Namun maafkan aku tak mampu turut bahagia karna detik ini bahagiaku diregut pergi dan aku perlu berjuang untuk bangkit kembali biarpun sendirian.
Usah Kau Katakan Lagi “Kau Menjaga Perasaan Ku”
Andai dikau tak mampu memenuhinya...
Selamat jalan ,semoga kau bahagia bersama dambaan Mu ...:)
#Sabrun Al Faqir
Tidak ada komentar :
Posting Komentar